Hay friends, Dengerin lagu yuks
Hehehehe ..
Hay friends, I Santa Mars
Nama asli ane Marsyanta
Welcome to my blog
I am Indonesian people
aye Ingin sekali jadi orang terkenal :D
Hopefully all useful
Thank you .




Jumat, 04 Mei 2012

Keutamaan Kerudung untuk wanita

Ikuti kisah yang aku lampirkan ini melalaui hasil tulisan Farah Nadhirah Liew. Semoga sorotan kisah ini dapatlah kita jadikannya pengajaran dan pelajaran bersama-sama.

“Rimas juga, dan rasa berat sebab mula-mula itu tidak pandai memilih jenis kainnya,” akui Puan Siti Fatimah Ladda Abdullah, 42 ketika ditanya pengalaman pertamanya memakai kerudung 15 tahun lalu sewaktu mula-mula memeluk islam. Maklumlah katanya, setelah 20 tahun memperlihatkan  rambut, tiba-tiba dia hendak menutupnya, tentunya ada sesuatu yang tidak biasa.

Bagaimanapun, bagi Puan Siti Fatimah Ladda Abdullah yang kini bergelar ustazah, dorongan kata-kata nasihat dariapda seorang kawan, masih tersimpan di dalam hati:
 
Panas di dunia, lebih panas lagi di akhirat nanti. kerudung ini umpama payung yang melindungi kita daripada kepanasan yang berjuta-juta kali ganda di akhirat nanti

Setelah mengingat langkah pertama, ustazah Puan Siti Fatimah Ladda Abdullah berminat juga untuk memakai kerudung  atas dorongan dari dalam diri hasil melihat banyak teman-temanya mengenakan kerudung.

“Saya merasa nyaman dan selamat ketika memakai tudung ,” kata beliau, yang memperolehi kekuatan untuk mengenakan pakaian yang sempurna menutup aurat setelah mempelajari tuntutannya melalui ceramah, bahan bacaan dan hasil berfikir sendiri tentang hikmah di balik ketetapan yang diwajibkan oleh Allah ini.

Ustaza Puan Siti Fatimah Ladda Abdullah yang berasal dari Bangkok, Thailand, kini berkhidmat dengan PERKIM Kebangsaan Selaku Pegawai Dakwah dan Kebajikan. Katanya pemakaian pakaian kerudung menutup aurat yang diserati adab-adab dalam pergaulan sesama lelaki perempuan membuat beliau rasa nyaman dan berasa dihargai serta mempunyai harga diri.

Pesanan beliau buat wanita islam: “Hargailah diri kita dan tuntutlah ilmu islam kerana ia adalah tuntutan yang wajib bagi seorang islam.”

Kisah ini disampaikan bukan untuk membanggakakan individu tersebut tapi mengajak pembaca semua berfikir lebih jauh dari sudut kebaikan memakai dan mentup aurat. Aku berharap agar sahabat yang membaca kisah ini tidak tersinggung setelah membaca kisah diatas kerana bagi aku ,mengajak orang berbuat kebaikan, saling ingat mengingati itu merupakan satu perkara yang penting dalam mengembangkan syiar islam itu sendiri.


 Dan katakanlah kepada wanita yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan auratnya..surah an-Nur : 31


Sumber:busuk.org